Menu
Vijay_Eswaran Zaman mudaVijay dilahirkan di Pulau Pinang pada 7 Okt 1960. Ibunya Puan Pushpavathy Chinnaiah, seorang guru dan ayahnya Vijayaratnam Saravanamuthu bekerja di Kementerian Buruh Malaysia (kini Kementerian Sumber Manusia).
Vijay merupakan seorang graduan sosio-ekonomi dari London School of Economics. Selepas berjaya menamatkan pelajarannya pada 1984, Vijay menetap di Eropah selama setahun membabitkan dirinya dalam pelbagai aktiviti termasuk bekerja dalam bidang pembinaan di Belgium, memetik buah anggur di Peranchis dan memandu teksi di London. Di London, beliau telah diperkenalkan kepada sistem pemasaran binari dan disebabkan itu beliau berusaha untuk mendapatkan kelayakan professional dari CIMA di United Kingdom, seterusnya berjaya lulus MBA dari Southern Illinois University pada 1986. Pada masa tersebut, beliau telah melibatkan diri secara separuh masa dalam bidang multilevel marketing (MLM) dan bekerja di Synaptics, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Malaysia , minat Vijay dalam bidang MLM bertambah serius dan beliau telah didekati untuk memulakan Cosway Group di Filipina.
Menu
Vijay_Eswaran Zaman mudaBerkaitan
Vijay (pelakon) Vijay Awards Vijayachelys silvatica Vijay Mallya Vijay Eswaran Vijayawada Vijayapuri, Utara Vijay Pur, Jammu dan Kashmir Vijay Krishna Acharya Vijayapuri, ErodeRujukan
WikiPedia: Vijay_Eswaran